SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Hari Lahir MWTC / MPPM / IPPM ke 75

MELAKA, 31 Januari 2010 -- Menjelang 31 Januari 2010, IPG Kampus Perempuan Melayu menyambut ulang tahun penubuhannya ke-75 tahun. Malam Nostalgia yang dihadiri oleh ahli Persatuan Guru Lepasan (PGL) MWTC/MPPM/IPPM, mantan pentadbir, mantan pensyarah dan tetamu undangan. Majlis yang diadakan di Dewan Seri Negeri telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka. Malam Nostalgia ini telah dijayakan oleh bekas guru pelatih dan guru pelatih yang sedang menjalani kursus perguruan, selaras dengan Tema “75 Tahun Memperkasakan Pendidikan Guru”. Pada pandangan saya, malam nostalgia ini benar-benar mengimbau kembali kenangan MWTC/MPPM/IPPM.

Manakala, Perasmian Jubli Intan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPG KPM) telah dirasmikan oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bertempat di Dewan Srikandi, IPG KPM pada jam 3.00 petang. Semoga IPG KPM akan berkembang maju selaras dengan perkembangan pendidikan global.


Sumber: www.ippm.edu.my


Saya teringat satu puisi yang pernah dibaca dulu, mari kita sama-sama menghayati nilai-nilai murni dan Melayu yang ada dalam puisi ini.


Perempuan Melayu


perempuan melayu itu
islam senonimnya
pabila berpakaian
menutup padan
nampak mata
berkelubung jemala

perempuan melayu itu
timur ukurannya
pabila berjalan
penuh sopan
lemah gemalai
lenggang diayun
luhur budi
halus bahasa
rendah suara
pabila berbicara

perempuan melayu itu
beradat berbangsa
pabila duduk
bersimpuh kaki
depan tetamu
tunduk kepala
puji-pujian belakang teman

perempuan melayu itu
ayunya bukan parasrupa
jelitanya dek melayunya itu!

hasil nukilan
Hj Mat Yusof Mat Yatim

Mantan Pensyarah MPPM

Posted in Labels: |

0 comments: