Program Kesedaran Penyakit Jantung dan Bengkel Lompat Tali Untuk Jantung IPGKPM
Posted On Thursday, February 4, 2010 at at 12:10 AM by maoriKepada semua pelajar, staf akademik dan staf sokongan dipersilakan hadir untuk melakukan Ujian Saringan Kesihatan Jantung. RM10.00 akan dikenakan bagi Ujian Saringan Kesihatan- meliputi:
· Tahap Kolesterol dalam darah.
· Tahap Glukosa dalam darah.
· Indeks Jisim Badan (BMI).
· Tekanan Darah.
· Khidmat Nasihat.
· Pameran Kesedaran Penyakit Jantung.
Semua warga IPGKPM dialu-alukan untuk hadir. Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut:
Tarikh: 4 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
Tarikh: 5 Februari 2010 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Srikandi, IPGKPM
Pada 6 -7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad) akan dijalankan Bengkel Lompat Tali Untuk Jantung bagi 80 pelajar PISMP ambilan Januari 2010 yang mengambil matapelajaran PJM3106 Anatomi dan Fisiologi sebagai latihan amali sistem jantung.
Anjuran Bersama
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPGKPM dan
Yayasan Jantung Malaysia (Persatuan Lompat Tali untuk Jantung)