Keseimbangan antara DUNIA dan AKHIRAT
Posted On Tuesday, February 16, 2010 at at 10:41 AM by maoriFirman Allah swt;
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Maksudnya; Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan seimbang agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. Al-Baqarah (143 ).
Apakah ukuran keseimbangan antara dunia dan akhirat ? adakah seimbang bermaksud 50 akhirat dan lima puluh dunia ? Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain. Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Semuanya adalah urusan agama yang ada nilaiannya diakhirat nanti. Manusia mesti melakukan urusan keduniaan menepati dasar-dasar Islam. Ibadah kepada Allah tidak boleh dikhususkan kepada ibadah khusus berkaitan hubungan dengan Allah sahaja seperti sembahyang zikir dan lain-lain, tetapi ia merangkumi semua ibadah umum seperti berkerja, melaksanakan amanah dan tanggungjawab, dakwah dan jihad, ekonomi dan kenegaraan. Untuk mendapatkan keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat hendaklah mengikut pertunjuk syariat Islam yang menjadi dasar kehidupan dan cara hidup ( al-Din ) manusia. Apabila kita mengabaikan tuntutan syariat Islam maka akan berlaku ketidak-seimbangan dalam kehidupan manusia.
Sabda Rasulullah saw;
عن أنس بن مالك ، يقول : جاء ثلاثة رهط إلى أزواج النبي صلى الله عليه وسلم يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه وسلم ، فلما أخبروا بها كأنهم تقالوها ، فقالوا : « أين نحن من النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر ؟ » فقال أحدهم : أما أنا فأصلي الليل أبدا ، وقال الآخر : « أنا أصوم الدهر فلا أفطر » وقال الآخر : « أنا أعتزل النساء ولا أتزوج أبدا » فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : « أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني »
Daripada Anas Bin Malik, Tiga orang lelaki datang berjumpa Isteri-isteri nabi bertanyakan tentang ibadah Nabi saw, apabila diceritakan, mereka berkata sesama sendiri “ Dimana kita nak dibandingkan dengan Nabi saw, Allah swt telah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan akan datang” Lalu salah seorang daripada mereka berkata “ Aku akan solat malam selama-lamanya” dan yang kedua berkata “Aku akan berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka” dan yang ketiga berkata “Aku akan tinggalkan perempuan dan tidak akan berkahwin selama” Lalu Rasulullah saw datang dan bertanya adakah kamu yang berkata demikian? Ingatlah Demi Allah Aku adalah yang paling takut dikalangan kmu kepada Allah dan paling bertaqwa kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur, dan aku mengahwini perempuan..!! Maka sesiapa yang bencikan sunnah aku maka ia bukan daripada umat ku.
Contoh keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat;
1. Sembahyang dan berkerja; Tidak mengabaikan kewajipan sembahyang pada waktu yang ditetapkan walaupun sibuk bekerja.
2. Mengumpul harta diseimbangi dengan membayar zakat dan tidak melakukan pembaziran.
3. Berehat dan beribadah, ruangkan sedikit masa dimalam hari untuk beribadat yang sunat.
4. Keseimbangan dalam ibadah puasa dan makan, puasa diwaktu siang sahaja dan malam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang dilarang.
5. Keseeimbangan dengan memahami fiqh ualawiyyat, mendahulukan yang wajid dari yang sunat, mendahulukan menolak kemudharatan dari mengambil maslahah.
6. Dalam perniagaan dibenarkan jual beli tetapi diharamkan riba dan penipuan.
Islam menolak tanggapan tidak perlu kepada dunia untuk semata-mata beribadah kepada Allah swt, tetapi sekiranya seseorang itu sudah cukup dunianya untuk keperluan dirinya dan orang yang dibawah tanggungannya maka tidak menjadi kesalahan untuk menumpukan kepada ibadah kepada Allah swt sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sufi yang sebenar.
Sekiranya seseorang meninggalkan urusan dunia, sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak, tanggaungjawab kepada dakwah dan masyarakat, mengabaikan tanggungjawab terhadap Negara dan ummah sehingga ummat Islam menjadi lemah dan hina, maka ia bukanlah ajaran Islam dan ia telah melakukan ketidak seimbangan dalam urusan agama.
Kesimpulan.
Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan antara dunia dan akhirat ialah apabila kita dapat melaksanakan tuntutan syariat Islam samada dalam bentuk yang wajib atau sunat, tinggalkan perkara yang dilarang samada yang haram dan makruh. Seseorang yang komited dengan ajaran agama Islam adalah orang yang seimbang, seimbang dalam semua perkara samada urusan dunia mahupun akhirat. Orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga2 anda pembaca dan penulis adalah orang-orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.
Sumber: www.usrahrasahati.com