Cara Khusyuk Dalam Solat
Posted On Tuesday, March 29, 2011 at at 9:38 PM by maoriMarilah kita cuba memahami mengapa Islam menuntut umatnya agar khusyuk di dalam solat. Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan solat yang khusyuk sepenuhnya. Kadangkala sedang solat, kita terfikir bagaimana nak ubahsuai blog, lepas ni nak pergi sini sana, dan macam-macam lagi. Sedangkan ketika kita memikirkan semua itu, kita sedang menyembah Allah SWT. Jadi secara tak langsung, bukankah itu perbuatan yang menyekutukan Allah? MasyaAllah.
Solat merupakan tiang agama. Ianya lebih penting dari berpuasa, menunaikan zakat dan juga mengerjakan haji. Kerana itu di dalam rukun islam, solat diletakkan sebagai rukun ke 2 selepas mengucap dua kalimah syahadah. Kepada pembaca blog yang dihormati,
Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:- yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Firman-Nya lagi:-
“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk.
Amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
- Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
- Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
- Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
- Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
- Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
- Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
- Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
- Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
- Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
- Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
- Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
- Mengambil wuduk dengan sempurna.
- Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
- Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
- Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Kesimpulan :
“Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian ; Melainkan mereka yang beriman serta beramal soleh serta berpesan2 dengan kebaikan dan berpesan2 dengan kesabaran”.
Carilah erti hidup ini diwujudkan oleh Allah dan apabila kita mengerti dengan mata hati, barulah kekhusyukkan solat itu datang kepada kita. Sesungguhnya, jika Allah itu mengkehendaki orang yang beramal soleh itu dicampak ke dalam neraka, kita tidak ada hak untuk mempertikaikannya, bersyukurlah kerana Allah itu menunaikan janji Nya iaitu barangsiapa yang menunaikan segala perintahnya akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak. Alhamdulillah… mudah-mudahan dengan tazkirah yang sempat saya hayati pagi ini dapat memberi pembaca input yang berguna untuk diamalkan bagi diri sendiri, anak-anak, sahabat handai dan masyarakat. Marilah kita sama-sama menyampaikan ilmu yang baik ini, moga solat yang dilaksanakan masyarakat Islam akan menjadi lebih bermakna dan memberi kefahaman yang mendalam.
Sumber Rujukan: Dakwah2u
Ciri-ciri Orang yang Diredhai oleh Allah S.W.T (2)
Posted On Friday, March 25, 2011 at at 2:59 PM by maori1- Sentiasa berakhlak mulia. Orang yang diredhai Allah swt sentiasa berakhlak dengan akhlak yang baik dan mulia, menjadikannya disukai Allah dan disukai hamba.
Sabda Rasulullah saw;
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Maksudnya; Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ قَالَ : فَأَيُّ الإِيمَانِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : الصَّبْرُ وَالسَّمَاحَةُ قِيلَ : فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْمَلُ إِيمَانًا ؟ قَالَ : أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
Maksudnya; Rasulullah ditanya; apakah sikap orang Islam yang paling baik, iaitu orang yang menjaga lidahnya dari menyakiti orang Islam yang lain. Ditanya lagi, Manakah amalan hati ( iman ) yang paling utama, iaitu sabar dan pemaaf. Ditanya lagi, mukmin yang mana paling sempurna imannya; iaitu mukmin yang paling baik akhlaknya.
2- Redha dengan segala qada’ dan qadar Allah.
Orang yang diredhai Allah swt pasti dia sendiri telah redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Justeru orang yang diredhai Allah itu ialah mereka sentiasa tenang, sentiasa menerima dan redha qadha’ dan qadar Allah swt ke atasnya
Firman Allah swt
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Maksudnya; Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya
.
3- Cinta kepada apa yang disukai oleh Allah da rasulNya. Orang yang diredhai Allah akan sentiasa menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasulnya bahkan lebih menyayanginya dibandingkan dengan yang lain.
عن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان من كان الله ورسوله أحب إليه مما سواهما ومن أحب عبدا لا يحبه إلا لله ومن يكره أن يعود في الكفر بعد إذ أنقذه الله كما يكره أن يلقى في النار
Maksudnya; Dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda; Tiga perkara sesiapa yang ada padanya ia akan mendapat kemanisan Iman. Ia lebih sayang kepada Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain, dan ia tidak menyayangi seseorang melainkan kerana Allah swt dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran sesudah Allah menyelamatkan daripadanya sebagaimana ia benci dicampak kedalam api neraka.
4- Mengikut petunjuk Rasulullah saw dan menjadikanNya sebagai contoh dan ikutan. Ini disebabkan rasa cintanya kepada Rasulullah saw dan yakin dengan pertunjuk yang dibawa.
Firman Allah swt;
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Maksudnya; Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Sumber : www.usrahrasahati.com
Ciri-ciri Orang yang Diredhai oleh Allah S.W.T (1)
Posted On Wednesday, March 23, 2011 at at 9:24 PM by maoriAdalah sukar untuk menentukan bahawa Allah swt redha dan sayang kepada seseorang, melainkan perkara itu dikhabarkan oleh wahyuNya, sedangkan selepas kewafatan Rasulullah saw, segala urusan wahyu telah terputus.Walau bagaimana pun, para ulama bersetuju dan menegaskan bahawa terdapat beberapa tanda penting yang dikenalpasti sebagai faktor redha dan kasih saying Allah terhadap hamba-hambaNya.
1- Cara hidup atau tingkah laku seseorang muslim itu yang sentiasa tetap atau istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara segala pantang larangNya.
Firman Allah swt;
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
Maksudnya; Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.Fussilat:30.
Firman Allah swt;
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya; Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Hud:112.
2- Segala perbuatannya menepati tuntutan Ilahi dan sanggup meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dengan penuh redha,
Firman Allah swt;
بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
Maksudnya; Bahkan siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.al-Imran:76. Taqwa bermaksud melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan larangangnnya.
بادروا بالأعمال الصالحة فستكون فتن كقطع الليل المظلم
Maksudnya; Bersegeralah melakukan amal soleh kerana akan berlaku fitnah seperti waktu malam yang gelap gelita.
Firman Allah swt;
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya; Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.al-Imran:133.
4- Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa, sama ada yang kecil atau yang besar kerana merasa takut kepada Allah swt.
Firman Allah swt;
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya; Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka).al-Nahl:50.
5- Mencintai Islam, cintakan ilmu Islam dan mempertahankan kesucian agama Islam kerana dengan ilmu dapat memastikan ia berada dijalan yang lurus dan mampu mempertahankan Islam.
Firman Allah swt;
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya; Allah akan meninggikan kedudukan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
6- Sentiasa tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa kepada Allah.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya; Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
7- Sentiasa berakhlak mulia
Sabda Rasulullah saw;
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Maksudnya; Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ قَالَ : فَأَيُّ الإِيمَانِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : الصَّبْرُ وَالسَّمَاحَةُ قِيلَ : فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْمَلُ إِيمَانًا ؟ قَالَ : أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
Maksudnya; Rasulullah ditanya; apakah sikap orang Islam yang paling baik, Jawabnya; iaitu orang yang menjaga lidahnya dari menyakiti orang Islam yang lain. Ditanya lagi, Manakah amalan hati ( iman ) yang paling utama, Jawabnya; iaitu sabar dan pemaaf. Ditanya lagi, mukmin yang mana paling sempurna imannya; Jawabnya; iaitu mukmin yang paling baik akhlaknya.
Sumber : www.usrahrasahati.com
Jalan Mencari Redha Allah S.W.T
Posted On Tuesday, March 22, 2011 at at 9:48 PM by maoriMencari keredhaan adalah satu kewajipan dan kemestian kerana tidak ada ertiya hidup ini tanpa redha dari Ilahi. Orang yang tidak mendapat keredhaan Allah swt bermaksud tidak disukai dan dimurkai oleh Allah. Balasan bagi mereka adalah neraka yang bernyala-nyala. Nauzubillahi min zalik.
فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ
Maksudnya; Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai karuniaan yang besar al-Imran 174.
Untuk mendapatkan redha Allah swt, setiap manusia perlu melihat dari tiga sudut.
1. Keimanan kepada Allah swt. Hanya orang-orang yang memilih jalan iman akan mendapat keredhaan Allah swt. Kerana lawan bagi iman adalah syirik sedangkan syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah swt.
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya; Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
2. Perbuatan dan amalan seseorang mestilah menepati apa yang ditetapkan oleh Allah swt. Ianya dikenali sebagai syarit Islam. Justeru kita mestilah menerima dan mengamalkan syariat Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan supaya mendapat keredhaan Allah swt; Firman Allah swt;
3.
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Maksudnya; Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya; Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
Asas syariat Islam ialah menunaikan solat, puasa, zakat, haji, serta melakukan segala perkara yang disuruh samada berkaitan ibadah khusus mahupun ibadah umum yang mencakupi urusan rumahtangga, kemasyarakatan dan kenegaraan. Ia juga bermaksud meninggalkan segala perkara yang dilarang kerana semua perkara yang dilarang pasti akan membawa keburukan kepada manusia. Seteruskan kewajaipan asas tersebut ditambah dengan tuntutan yang sunat untuk menambahkan lagi hampirnya hamba kepada tuhannya dan lebih dekat untuk mendapat keredhaannya.
4. Aspek yang ketiga ialah dari sudut kerohanian dan hati kita. Ini kerana segala amalan yang dilakukan oleh hamba bukan kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang lain, maka amalannya tidak diterima oleh Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis niat;
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya; Sesungguhnya sah sesuatu amalan adalah dengan niat. Dan sesunggungnya setiap orang bergantung dengan apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan sesiapa yang hijrahnya kerana habuan dunia yang akan diperolehi atau kerana perempuan yang yang akan dikahwini maka hijrahnya adalah kerapa apa yang dihijrahkan kerananya.
Justeru, untuk mendapatkan keredhaan Allah swt, kita hendaklah mentaati Allah dan Rasulnya dan beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Alah swt, Insyaallah Redha Allah akan kita miliki.
Sumber : www.usrahrasahati.com
Keseimbangan antara Dunia dan Akhirat
Posted On Sunday, March 20, 2011 at at 9:11 PM by maoriFirman Allah swt;
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Maksudnya; Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan seimbang agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. Al-Baqarah (143 ).
Apakah ukuran keseimbangan antara dunia dan akhirat ? adakah seimbang bermaksud 50 akhirat dan lima puluh dunia ?
Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.
Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Semuanya adalah urusan agama yang ada nilaiannya diakhirat nanti. Manusia mesti melakukan urusan keduniaan menepati dasar-dasar Islam. Ibadah kepada Allah tidak boleh dikhususkan kepada ibadah khusus berkaitan hubungan dengan Allah sahaja seperti sembahyang zikir dan lain-lain, tetapi ia merangkumi semua ibadah umum seperti berkerja, melaksanakan amanah dan tanggungjawab, dakwah dan jihad, ekonomi dan kenegaraan.
Untuk mendapatkan keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat hendaklah mengikut pertunjuk syariat Islam yang menjadi dasar kehidupan dan cara hidup ( al-Din ) manusia. Apabila kita mengabaikan tuntutan syariat Islam maka akan berlaku ketidak-seimbangan dalam kehidupan manusia.
Sabda Rasulullah saw;
عن أنس بن مالك ، يقول : جاء ثلاثة رهط إلى أزواج النبي صلى الله عليه وسلم يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه وسلم ، فلما أخبروا بها كأنهم تقالوها ، فقالوا : « أين نحن من النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر ؟ » فقال أحدهم : أما أنا فأصلي الليل أبدا ، وقال الآخر : « أنا أصوم الدهر فلا أفطر » وقال الآخر : « أنا أعتزل النساء ولا أتزوج أبدا » فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : « أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني »
Daripada Anas Bin Malik, Tiga orang lelaki datang berjumpa Isteri-isteri nabi bertanyakan tentang ibadah Nabi saw, apabila diceritakan, mereka berkata sesama sendiri “ Dimana kita nak dibandingkan dengan Nabi saw, Allah swt telah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan akan datang” Lalu salah seorang daripada mereka berkata “ Aku akan solat malam selama-lamanya” dan yang kedua berkata “Aku akan berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka” dan yang ketiga berkata “Aku akan tinggalkan perempuan dan tidak akan berkahwin selama” Lalu Rasulullah saw datang dan bertanya adakah kamu yang berkata demikian? Ingatlah Demi Allah Aku adalah yang paling takut dikalangan kmu kepada Allah dan paling bertaqwa kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur, dan aku mengahwini perempuan..!! Maka sesiapa yang bencikan sunnah aku maka ia bukan daripada umat ku.
Contoh keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat;
1. Sembahyang dan berkerja; Tidak mengabaikan kewajipan sembahyang pada waktu yang ditetapkan walaupun sibuk bekerja.
2. Mengumpul harta diseimbangi dengan membayar zakat dan tidak melakukan pembaziran.
3. Berehat dan beribadah, ruangkan sedikit masa dimalam hari untuk beribadat yang sunat.
4. Keseimbangan dalam ibadah puasa dan makan, puasa diwaktu siang sahaja dan malam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang dilarang.
5. Keseeimbangan dengan memahami fiqh ualawiyyat, mendahulukan yang wajid dari yang sunat, mendahulukan menolak kemudharatan dari mengambil maslahah.
6. Dalam perniagaan dibenarkan jual beli tetapi diharamkan riba dan penipuan.
Islam menolak tanggapan tidak perlu kepada dunia untuk semata-mata beribadah kepada Allah swt, tetapi sekiranya seseorang itu sudah cukup dunianya untuk keperluan dirinya dan orang yang dibawah tanggungannya maka tidak menjadi kesalahan untuk menumpukan kepada ibadah kepada Allah swt sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sufi yang sebenar.
Sekiranya seseorang meninggalkan urusan dunia, sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak, tanggaungjawab kepada dakwah dan masyarakat, mengabaikan tanggungjawab terhadap Negara dan ummah sehingga ummat Islam menjadi lemah dan hina, maka ia bukanlah ajaran Islam dan ia telah melakukan ketidak seimbangan dalam urusan agama.
Kesimpulan.
Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan antara dunia dan akhirat ialah apabila kita dapat melaksanakan tuntutan syariat Islam samada dalam bentuk yang wajib atau sunat, tinggalkan perkara yang dilarang samada yang haram dan makruh. Seseorang yang komited dengan ajaran agama Islam adalah orang yang seimbang, seimbang dalam semua perkara samada urusan dunia mahupun akhirat. Orang yang mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.
Sumber : www.usrahrasahati.com
Tunaikan Hak Allah, Hak Diri dan Hak Keluarga.
Posted On Wednesday, March 16, 2011 at at 12:28 PM by maoriKeseimbangan amat penting dalam kehidupan seorang muslim . Islam mewajibkan setiap individu menunaikan hak dan kewajipan yang terpikul di atas bahunya samada kewajipan terhadap tuhannya ( Allah ), terhadap dirinya sendiri dan terhadap keluarganya.
Rasulullah saw menegaskan dalam sebuah hadis;
عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ آخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ فَزَارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَرَأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَذِّلَةً فَقَالَ لَهَا مَا شَأْنُكِ قَالَتْ أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا فَجَاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فَقَالَ كُلْ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ قَالَ مَا أَنَا بِآكِلٍ حَتَّى تَأْكُلَ قَالَ فَأَكَلَ فَلَمَّا كَانَ اللَّيْلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّرْدَاءِ يَقُومُ قَالَ نَمْ فَنَامَ ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَلَمَّا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ قَالَ سَلْمَانُ قُمْ الْآنَ فَصَلَّيَا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَ سَلْمَانُ
(رواه البخاري)
Maksudnya; Diriwayatkan dari A’un bin Abi Juhaifah bahawa Rasulullah saw mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda’. Suatu ketika Salman melawat Abu Darda’ dan melihat Ummu Darda’ dalam keadaan bersedih lalu Salman bertanya kepadanya ” Kenapa dengan kamu? Lalu ia menjawab ” Saudaramu Abu Darda’ tidak mahukan dunia. Kemudian Abu Darda’ menhidangkan makanan lalu Salman menjemput Abu Darda’ makan bersama lalu dia menjawab” aku berpuasa“. Salman berkata “aku tidak akan makan sehingga engkau makan bersama” lalu ia makan bersama. Apabia malam menjelang, Abu Darda’ bangun beribadah lalu Salman berkata ” pergilah tidur” lalu ia tidur. Kemudia ia bangun beribadah semula lalu Salman sekali lagi menyuruhnya tidur. Apabila di akhir malam Salman mengejutkannya mengajak bersembahyang dan kedua-duanya bersembahyang. Setelah itu Salaman berkata kepadanya ” sesungguhnya engkau mempunyai kewajipan terhadap tuhanmu, dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap dirimu dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap keluargamu. Maka tunaikanlah hak kepada setiap yang berhak. Maka diceritakan kepada Nabi saw peristiwa tersebut lalu Nabi saw bersabda” Benarlah apa yang dilakukan oleh Salman“.
Pengajaran Hadis;
- Setiap individu perlu menasihati saudara seagamanya apabila mereka melakukan suatu kesilapan.
- Seorang muslim dalam melaksanakan tuntutan ibadah tidak boleh melakukannya secara keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
- Keseimbangan dalam kehidupan perlu ada dari sudut ibadah, masa berehat dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.
- Kesibukan dalam urusan dunia tidak sepatutnya menjadi sebab sehingga seseorang tidak punya waktu untuk bersama keluarga dan masa untuk beribadah. Begitu juga sebaliknya tuntutan untuk beribadah tidak bermaksud meninggalkan urusan lain.
- Kefahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar amat penting untuk menjadikan kehidupan seseorang itu seimbang antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat serta mendapat kebahagiaan didunia dan Akhirat.
Menggapai Redha Allah S.W.T
Posted On Tuesday, March 15, 2011 at at 6:06 PM by maoriHakikat kehidupan ini hanyalah untuk Allah swt semata-mata sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah swt;
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya ; Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah Tuahan sekelian alam.al-An’am:196.
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Maksudnya; Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus. Al-Bayyinah:5.
Redha Allah swt adalah suatu keadaan dimana Allah swt menerima, suka, sayang, tidak marah atau murka, rela dan setuju terhadap apa yang dilakukan oleh manusia. Keredhaan adalah penerimaan. Keredhaan Allah bermaksud penerimaan dan pengiktirafan Allah swt terhadap hambanya.
Orang yang diredhai Allah adalah orang tidak dimurkai Allah swt, hidup mereka sentiasa mendapat kerahmatan dan bimbingan hidayah Allah swt. Rasulullah saw mengajar kita berdoa dengan perataraan redha Allah daripada kemurkaannya.
اللهمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ
Maksudnya; Ya Allah aku berlindung dengan keredhaanmu daripada kemurkaanmu, aku berlindung dengan kemaafanmu daripada siksaanmu.
Justeru tidak ada ertinya hidup seseorang di dunia ini tanpa mendapat keredhaan Allah swt kerana keredhaan Allah swt terhadap manusia merupakan puncak penerimaan segala amalan yang dilakukan oleh manusia. Sebaliknya orang yang tidak mendapat keredhaan Allah swt adalah orang-orang yang rugi samada mukmin yang berdosa, musyrik yang dimurkai atau kafir yang dilaknat oleh Allah swt.
Orang yang diredhai Allah swt amat beruntung di akhirat nanti.
Firman Allah swt;
لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya; Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.al-Nisa’:144.
Firman Allah swt;
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya; Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. Al-Baqarah:265.
Firman Allah swt;
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Maksudnya; Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Al-Maidah:3.
Firman Allah swt;
قَالَ اللَّهُ هَذَا يَوْمُ يَنْفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya; Allah berfirman: “Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah rida terhadap mereka dan mereka pun rida terhadap-Nya. Itulah keberuntungan yang paling besar”. Al-Maidah:119.
Firman Allah swt;
أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya; Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keridaan (Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Al-Taubah :109.
Sabda Rasulullah saw;
رضا الرب فى رضا الوالدين وسخطه فى سخطهما
Maksudnya; Keredhaan Allah pada keredhaan ibu dan bapa dan kemurkaan Allah pada kemurkaan keduanya.
Justeru, marilah kita sama-sama berusaha mendapatkan redha Allah swt, kerana redha Allah merupakan sebesar-sebesar anugerah yang Allah swt berikan kepada hamba-hambanya yang bertaqwa dan menghampirkan diri kepadanya.
Sumber : www.usrahrasahati.com