Jalan Mencari Redha Allah S.W.T
Posted On Tuesday, March 22, 2011 at at 9:48 PM by maoriMencari keredhaan adalah satu kewajipan dan kemestian kerana tidak ada ertiya hidup ini tanpa redha dari Ilahi. Orang yang tidak mendapat keredhaan Allah swt bermaksud tidak disukai dan dimurkai oleh Allah. Balasan bagi mereka adalah neraka yang bernyala-nyala. Nauzubillahi min zalik.
فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ
Maksudnya; Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai karuniaan yang besar al-Imran 174.
Untuk mendapatkan redha Allah swt, setiap manusia perlu melihat dari tiga sudut.
1. Keimanan kepada Allah swt. Hanya orang-orang yang memilih jalan iman akan mendapat keredhaan Allah swt. Kerana lawan bagi iman adalah syirik sedangkan syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah swt.
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya; Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
2. Perbuatan dan amalan seseorang mestilah menepati apa yang ditetapkan oleh Allah swt. Ianya dikenali sebagai syarit Islam. Justeru kita mestilah menerima dan mengamalkan syariat Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan supaya mendapat keredhaan Allah swt; Firman Allah swt;
3.
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Maksudnya; Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya; Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
Asas syariat Islam ialah menunaikan solat, puasa, zakat, haji, serta melakukan segala perkara yang disuruh samada berkaitan ibadah khusus mahupun ibadah umum yang mencakupi urusan rumahtangga, kemasyarakatan dan kenegaraan. Ia juga bermaksud meninggalkan segala perkara yang dilarang kerana semua perkara yang dilarang pasti akan membawa keburukan kepada manusia. Seteruskan kewajaipan asas tersebut ditambah dengan tuntutan yang sunat untuk menambahkan lagi hampirnya hamba kepada tuhannya dan lebih dekat untuk mendapat keredhaannya.
4. Aspek yang ketiga ialah dari sudut kerohanian dan hati kita. Ini kerana segala amalan yang dilakukan oleh hamba bukan kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang lain, maka amalannya tidak diterima oleh Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis niat;
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya; Sesungguhnya sah sesuatu amalan adalah dengan niat. Dan sesunggungnya setiap orang bergantung dengan apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan sesiapa yang hijrahnya kerana habuan dunia yang akan diperolehi atau kerana perempuan yang yang akan dikahwini maka hijrahnya adalah kerapa apa yang dihijrahkan kerananya.
Justeru, untuk mendapatkan keredhaan Allah swt, kita hendaklah mentaati Allah dan Rasulnya dan beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Alah swt, Insyaallah Redha Allah akan kita miliki.
Sumber : www.usrahrasahati.com