SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Ciri-ciri Orang yang Diredhai oleh Allah S.W.T (1)

Adalah sukar untuk menentukan bahawa Allah swt redha dan sayang kepada seseorang, melainkan perkara itu dikhabarkan oleh wahyuNya, sedangkan selepas kewafatan Rasulullah saw, segala urusan wahyu telah terputus.Walau bagaimana pun, para ulama bersetuju dan menegaskan bahawa terdapat beberapa tanda penting yang dikenalpasti sebagai faktor redha dan kasih saying Allah terhadap hamba-hambaNya.

1- Cara hidup atau tingkah laku seseorang muslim itu yang sentiasa tetap atau istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara segala pantang larangNya.

Firman Allah swt;

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Maksudnya; Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.Fussilat:30.

Firman Allah swt;

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya; Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Hud:112.

2- Segala perbuatannya menepati tuntutan Ilahi dan sanggup meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dengan penuh redha,

Firman Allah swt;

بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya; Bahkan siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.al-Imran:76. Taqwa bermaksud melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan larangangnnya.


3- Bersegera melakukan amal-amal kebajikan serta menjaganya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan segala bentuk ibadat yang disyariatkan.

بادروا بالأعمال الصالحة فستكون فتن كقطع الليل المظلم

Maksudnya; Bersegeralah melakukan amal soleh kerana akan berlaku fitnah seperti waktu malam yang gelap gelita.

Firman Allah swt;

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya; Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.al-Imran:133.

4- Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa, sama ada yang kecil atau yang besar kerana merasa takut kepada Allah swt.

Firman Allah swt;

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya; Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka).al-Nahl:50.

5- Mencintai Islam, cintakan ilmu Islam dan mempertahankan kesucian agama Islam kerana dengan ilmu dapat memastikan ia berada dijalan yang lurus dan mampu mempertahankan Islam.

Firman Allah swt;

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya; Allah akan meninggikan kedudukan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

6- Sentiasa tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa kepada Allah.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya; Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

7- Sentiasa berakhlak mulia

Sabda Rasulullah saw;

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

Maksudnya; Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.


قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ قَالَ : فَأَيُّ الإِيمَانِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : الصَّبْرُ وَالسَّمَاحَةُ قِيلَ : فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْمَلُ إِيمَانًا ؟ قَالَ : أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Maksudnya; Rasulullah ditanya; apakah sikap orang Islam yang paling baik, Jawabnya; iaitu orang yang menjaga lidahnya dari menyakiti orang Islam yang lain. Ditanya lagi, Manakah amalan hati ( iman ) yang paling utama, Jawabnya; iaitu sabar dan pemaaf. Ditanya lagi, mukmin yang mana paling sempurna imannya; Jawabnya; iaitu mukmin yang paling baik akhlaknya.

Sumber : www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: |

0 comments: