SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Hidup Bersama Allah.

Firman Allah swt;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya; Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Al-Hadid:4

عَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ اَلنَّبِيِّ – صلى الله عليه وسلم – يَوْمًا, فَقَالَ: – يَا غُلَامُ! اِحْفَظِ اَللَّهَ يَحْفَظْكَ, اِحْفَظِ اَللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ, وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اَللَّهَ, وَإِذَا اِسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ وَاعْلَمْ : أنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبهُ اللهُ لَكَ ، وَإِن اجتَمَعُوا عَلَى أنْ يَضُرُّوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحفُ- رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ

Maksudnya; Dari Abu Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.

Dari dua dalil di atas jelas menunjukkan bertapa Allah swt sangat hampir dengan kita, bertapa Allah swt terlalu dekat dengan kita sehingga Allah menyatakan Allah sentiasa bersama kamu dimana sahaja kamu berada. Hampirnya Allah swt kepada manusia bukan bermaksud dekat berjisim tetapi suatu keadaan yang tidak dapat difikirkan oleh manusia, namun yang pasti Allah swt amat mengetahui semua perkara yang dilakukan oleh setiap manusia samada perbuatan yang zahir mahupun yang batin. Allah swt melihat setiap tindakan dan perlakuan manusia samada di tempat terang mahupun di tempat yang gelap gelita.

Firman Allah swt;

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh al-Nisa’:78

Tetamu blogger yang dirahmati Allah, sedarilah, insafillah, marilah kita kembali kepada Allah swt dengan meletakkan hati dan perasaan kita kepada Allah, sentiasa ingat kepada Allah swt dalam kehidupan kita. Rasakanlah dalam hati kita bertapa Allah swt terlalu dekat dengan kita. Sambutlah cinta Allah swt terhadap hambanya nescaya kita menjadi hamba yang sangat bertuah.

Marilah sama-sama kita menghayati dan mengamalkan ajaran Allah swt yang menjanjikan ketenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita tinggalkan segala larangan-larangan swt Allah kerana semua perkara yang dilarang akan membawa keburukan kepada kita.

Rakan-rakan usrah yang dihormati, Hargaiilah nikmat Allah swt khususnya nikmat iman dan Islam, seterusnya suburkan keimanan kita dengan taqwa dan istiqamah dalam mengamalkan tuntutan agama, insyaallah kita akan sentiasa disayangi Allah swt dan kebahagian akan menjadi mikik kita insyaallah.

Bagaimana Hidup bersama Allah swt;

1. Besarkan dan Agongkan Allah dalam hati dan amalan kita.

2. Sentiasa merasakan kebersamaan Allah swt dalam kehidupan kita.

3. Sentiasa berhati-hati terhadap kemurkaan Allah swt.

4. Laksanakan amal ibadah dengan penuh penghayatan.

5. Sentiasa peka dengan tuntutan agama Islam lalu diamalkan dan larangan agama lalu ditinggalkan

Sumber : www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: |

0 comments: