SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Bolt shatters 100-meter world record again - thestar online




BERLIN: Usain Bolt crossed the finish line, saw his record-setting time on the clock and spread his arms as if he were soaring like a bird. About all this guy can't do is fly. And by saving his celebration until after the finish line this time, he showed how fast a man really can go on two feet. The Jamaican shattered the world record again Sunday, running 100 meters in 9.58 seconds at the world championships to turn his much-anticipated race against Tyson Gay into a one-man show.

That was 0.11 seconds faster than the mark he set last year at the Beijing Olympics - the biggest improvement in the 100-meter record since electronic timing began in 1968. Gay, his closest rival, broke the American mark with his 9.71 performance and still looked like he was jogging - finishing a few big strides behind Bolt in second place. Bolt's only competition these days is the clock. And when he's really trying, not hot-dogging it over the line the way he did in China, even time itself doesn't stand a chance. "I don't run for world records," said Bolt, who crossed the line with a slight breeze at his back. Yet those records always seem to find him. He thinks he can go even lower. "I know I said 9.4," Bolt said, grinning.

"You never know. I'll just keep on working."


Posted in Labels: | 0 comments

Tahniah - Azizulhasni terus melaungkan . . . semangat Malaysia Boleh

Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang menghadiahkan emas kedua buat negara apabila mengucup kejuaraan 200 meter pecut individu di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2009 (ACC) di Velodrom Tenggarong dekat Samarinda, Kalimantan malam tadi. Selepas kempunan mempertahankan kejuaraan dalam acara keirin ACC yang dimenangi dua tahun berturut-turut pada 2007 di Bangkok, Thailand dan Nara, Osaka, Jepun tahun lalu, anak jati Dungun itu menebus kehampaan dengan menewaskan jagoan Jepun, Kazunari Watanabe. Gaya tersendiri Azizulhasni iaitu melakukan wheelie di penghujung garisan penamat terus diperagakan sesudah pelumba cilik itu mengetahui betapa dia sudah pun menang selesa 2-0 dengan masa 11.447s pada pusingan pertama dan 11.525s pada pusingan kedua.

“Saya gembira apabila dapat meraih kejayaan ini dan menebus kekecewaan di tangan Watanabe sebelum ini. Dengan dua emas ini, saya hadiahkannya kepada negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan, hujung bulan ini,” kata Azizulhasni. Dengan kejayaan itu, Malaysia kini mengumpul dua emas, satu perak dan dua gangsa dalam kejohanan berkenaan.

Posted in Labels: | 0 comments

Liverpool kecundang, MU lega . . .

DUA jaringan pertahanan, masing-masing yang pertama buat Assou-Ekotto dan Sebastian Bassong untuk Tottenham Hotspur menjelmakan duka pembukaan musim buat Liverpool dalam kemenangan 2-1 di White Hart Lane semalam. Spurs yang sepatutnya mendahului menerusi tiga percubaan awal Robbie Keane akhirnya memperoleh habuan daripada penguasaan babak pertama apabila bek kiri, Ekotto melepaskan rembatan kaki kiri daripada lantunan sepakan percuma, Tom Huddlestone seminit sebelum rehat. Liverpool kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi penalti Steven Gerrard tetapi kedudukan itu tidak kekal lama dengan Luka Modric melambungkan sepakan percuma untuk Bassong melonjak tinggi untuk menanduk melepasi penjaga gol, Pepe Reina.

Terdahulu, Wayne Rooney memulakan kempen Manchester United untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut dengan langkah kemenangan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk kejayaan 1-0 ke atas Birmingham City, di Old Trafford. Penyerang England itu bertindak pantas 12 minit sebelum rehat, menolak bola masuk dari jarak dekat selepas tandukan pertamanya hasil hantaran lintang Nani, terkena palang.
Ia bukan persembahan cemerlang United, dengan Birmingham berjaya mencipta beberapa peluang, terutama sekali apabila pemain gantian, Christian Benitez memaksa penjaga gol, Ben Foster bertindak pantas menyelamatkan keadaan. - Agensi

Posted in Labels: | 0 comments

Chelsea patah ego Manchester United




WEMBLEY: Salomon Kalou menyempurnakan sepakan penalti kemenangan ketika Chelsea menundukkan Manchester United 4-1 menerusi penentuan penalti buat meraih kejuaraan Perisai Komuniti dalam aksi kompetitif sulung Carlo Ancelotti selaku pengendali.


Aksi pembuka tirai tradisi musim bola sepak Inggeris itu di Stadium Wembley, malam tadi tidak menyaksikan tahap permainan hebat, tetapi disaingi sengit dengan penyudah yang mendebarkan.

United yang bakal mempertahankan gelaran EPL tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez berjaya mendapatkan gol awal apabila Nani membuka tirai jaringan selepas perlawanan berlangsung 10 minit.

Apapun, Ricardo Carvalho cantik menyudahkan peluang buat menyamakan kedudukan untuk Chelsea pada minit ke-52.

Dengan perlawanan terikat 1-1, pemain United, Patrice Evra terbaring di padang selepas dikasari Michael Ballack ketika pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menjadikan kedudukan 2-1.

Jaringan itu menjelmakan reaksi berang pemain United yang berasakan perlawanan patut dihentikan. Tetapi juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi penyerang England, Wayne Rooney.

Tahniah ! Chelsea dan Manchester United yang bermain dengan bersungguh-sungguh. Ini patut dicontohi oleh pemain Liga Super Malaysia. Harapan saya agar perlawanan sepanjang liga EPL dan lain-lain liga akan dapat dicontohi oleh pemain-pemain dari Malaysia. Kepada peminat "tegar" sokonglah pasukan pilihan anda.

Posted in Labels: | 0 comments