Liverpool kecundang, MU lega . . .
Posted On Monday, August 17, 2009 at at 6:19 PM by maori Terdahulu, Wayne Rooney memulakan kempen Manchester United untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut dengan langkah kemenangan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk kejayaan 1-0 ke atas Birmingham City, di Old Trafford. Penyerang England itu bertindak pantas 12 minit sebelum rehat, menolak bola masuk dari jarak dekat selepas tandukan pertamanya hasil hantaran lintang Nani, terkena palang.
Ia bukan persembahan cemerlang United, dengan Birmingham berjaya mencipta beberapa peluang, terutama sekali apabila pemain gantian, Christian Benitez memaksa penjaga gol, Ben Foster bertindak pantas menyelamatkan keadaan. - Agensi