SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Tahniah - Azizulhasni terus melaungkan . . . semangat Malaysia Boleh

Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang menghadiahkan emas kedua buat negara apabila mengucup kejuaraan 200 meter pecut individu di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2009 (ACC) di Velodrom Tenggarong dekat Samarinda, Kalimantan malam tadi. Selepas kempunan mempertahankan kejuaraan dalam acara keirin ACC yang dimenangi dua tahun berturut-turut pada 2007 di Bangkok, Thailand dan Nara, Osaka, Jepun tahun lalu, anak jati Dungun itu menebus kehampaan dengan menewaskan jagoan Jepun, Kazunari Watanabe. Gaya tersendiri Azizulhasni iaitu melakukan wheelie di penghujung garisan penamat terus diperagakan sesudah pelumba cilik itu mengetahui betapa dia sudah pun menang selesa 2-0 dengan masa 11.447s pada pusingan pertama dan 11.525s pada pusingan kedua.

“Saya gembira apabila dapat meraih kejayaan ini dan menebus kekecewaan di tangan Watanabe sebelum ini. Dengan dua emas ini, saya hadiahkannya kepada negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan, hujung bulan ini,” kata Azizulhasni. Dengan kejayaan itu, Malaysia kini mengumpul dua emas, satu perak dan dua gangsa dalam kejohanan berkenaan.

Posted in Labels: |

0 comments: