SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Hakikat Nikmat

Perkataan nikmat berasal dari perkataan bahasa Arab bererti pemberian dan anugerah seperti rezeki, harta dan sebagainya.

Dalam al-Quran perkataan nikmat digunakan dengan barbagai maksud nikmat antaranya;

1. Nikmat dengan maksud Agama Allah dan Kitabnya. Firman Allah swt;

سَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَمْ آتَيْنَاهُم مِّنْ آيَةٍ بَيِّنَةٍ وَمَن يُبَدِّلْ نِعْمَةَ اللّهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُ فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Maksudnya; Tanyakanlah kepada Bani Israil: "Berapa banyaknya tanda-tanda (kebenaran) yang nyata, yang Telah kami berikan kepada mereka". dan barangsiapa yang menukar nikmat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, Maka Sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya. Al-Baqarah: 211.

2. Nikmat Bermaksud kesenangan, keselesaan dan serba mencukupi dalam kehidupan. Firman Allah swt;

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

Maksudnya; Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: "Tuhanku Telah memuliakanku". Al-Fajr:15

Oleh itu segala perkara yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada manusia, itu adalah nikmat samada disedari atau tidak disedari, samada dalam bentuk yang zahir seperti pemberian harta kekayaan, kesihatan tubuh badan, kehidupan yang baik, atau nikmat yang batin seperti hidayah dan pertunjuk agama Islam, ketenangan dan kebahagian dan lain-lain.

Nikmat dan Kelazatan.

Nikmat dan kelazatan, dua perkata yang saling berkaitan antara satu sama lain. Kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan adalah antara unsur-unsur nikmat yang Allah swt berikan kepada manusia.


Tetapi tidak semua kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan adalah nikmat dari Allah swt, bahkan mungkin satu niqmah dari Allah swt. Kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan yang berasaskan nafsu syaitaniah, melakukan maksiat dan dosa bukanlah nikmat, tetapi ia adalah kecelakan dan kemurkaan Allah swt.


Manusia yang mengecapi berbagai kelazatan dan keseronokan dengan cara yang dibenarkan dan redhai Allah swt adalah orang yang mengecapi nikmat Allah dan kesyukuran terhadap nikmat tersebut sangat bererti.


Sebaliknya orang yang mengecapi keseronokan, kelazatan dengan cara yang bertentangan dengan ajaran Allah swt, maka mereka sebenarnya sedang melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap Allah swt. Sekiranya mereka bersyukur dengan lidah mereka atas keseronokan dan nikmat tersebut, itulah syukur orang munafiq yang tidak ada nilai disisi Allah swt. Firman Allah swt;


وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

Maksudnya; Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, Karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat. Al-Sood:26


Oleh itu, Hakikat nikmat itu ialah segala anugerah dan pemberian yang diberikan kepada manusia dan dengan cara yang diredhai oleh Allah swt, sebaliknya sesuatu yang haram atau sesuatun yang diperolehi dengan cara yang haram, atau perkara yang baik tetapi digunakan pada perkara yang haram bukanlah nikmat tetapi niqmah dan kecelakaan ke atas pelakunya.

Nikmat yang hakiki adalah nikmat yang berkaitan dengan kebahagian yang berkekalan, iaitu nikmat yang membawa kebahagian di akhrat, itulah nikmat iman dan Islam, nikmat hidayah Allah swt, jalan lurus yang sentiasa dipohon. Firman Allah swt;

َمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا

Maksudnya; Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya al-Nisa':69.

Nikmat Dunia adalah nikmat sementara ia akan hilang apabila sampai masanya yang dikehendaki Allah, janganlah kita tertipu dengan nikmat dunia sehingga kita lupa nikmat yang hakiki yang membawa kepada kebahagiaan yang berkekalan. Firman Allah swt;

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَى

Maksudnya; Dan Sesungguhnya hari Kemudian (Kehidupan Akhirat) itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (Kehidupan Dunia).


Sumber: http://usrahrasahati.blogspot.com

Posted in Labels: |

0 comments: