SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Datang KPLI R Ambilan Januari 2010

Selamat Datang / Ahlan Wasahlah Bikhair kepada semua guru pelatih KPLI (R) ambilan Januari 2010. Pelatih ini telah mendaftar pada 18 Januari 2010 yang lalu di Dewan Srikandi, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Pelatih KPLI (R) ini terdiri daripada 3 unit sahaja iaitu Unit Matemaik, Pendidikan Khas dan Pengajian Islam. Untuk kali ini, saya merupakan calon yang terpilih dari yang kena pilih, telah diamanahkan oleh Jabatan HEP untuk mengelola dan membimbing pelatih dari Unit Pengajian Islam. Kelakar juga . .. Dari 18 - 21 Januari 2010, pelatih akan mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Bertujuan memberikan pendedahan tentang program latihan perguruan yang bakal dilalui oleh pelatih sepanjang tahun 2010. Semoga anda semua dapat bersabar dan mengikuti semua program latihan yang telah dirancang dengan jaya.

Posted in Labels: |

0 comments: