SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Hubbu al Dunya

Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh. Rakan-rakan blog semua yang dirahmati Allah swt;


Orang yang diberikan nikmat dunia sering terlalai dan terleka sehingga hati mereka terikat kepada kenikmatan dunia dan cintakan dunia. Cinta dunia atau hubbu al-Dunya bermaksud perasaan hati yang sentiasa terikat dengan dunia sehingga urusan berkaitan dengan memalingkan meraka dari Allah swt dan kewajipan terhadapnya.


Rasulullah s.a.w menerangkan bertapa sikap cinta dunia ini amat merbahaya dalam hadisnya;


قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : «يوشكُ الأُمَمُ أنْ تَدَاعَى عليكم كما تَدَاعَى الأَكَلةُ إلى قَصْعَتِها، فقال قائل : من قِلَّة نحن يومئذ ؟ قال : بل أنتم يومئذ كثير، ولكنَّكم غُثاء كَغُثَاءِ السَّيْلِ، ولَيَنْزِعَنَّ الله مِنْ صدور عدوِّكم المهابةَ منكم، وليقذفنَّ في قُلُوبكم الوَهْنَ، قيل : وما الوْهنُ يا رسول الله ؟ قال : حُبُّ الدُّنيا، وكراهيَةُ الموتِ» أخرجه أبو داود

Maksudnya; Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap makanan dari bekasnya." Para sahabat bertanya, "Apakah kerana ketika itu kami sedikit Wahai Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan ketika itu sangat ramai tetapi seperti buih di lautan kerana kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahn" itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahn" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."


Orang Islam yang cintakan dunia menjadikan mereka manusia yang hina, lemah dan tidak mempunyai kekuatan sehingga Allah swt mencabut rasa gerun dan takut musuh kepada orang-orang Islam.

Apa yang dimaksud dengan dunia? Firman Allah swt;

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya; Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya kehidupan dunia Ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning Kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. dan kehidupan dunia Ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Q.S. Al-Hadiid [57]:20)

Cintakan dunia menjadi punca kepada semua masalah dalam masyarakat. Sabda Rasulullah saw;

حب الدنيا رأس كل خطيئة

Maksudnya; Cintakan dunia punca segala kesalahan dan kejahatan.

Semua yang ada di langit dan di bumi pinjaman Allah semata. Kita tidak mempunyai apa-apa. Hidup di dunia hanya mampir sebentar saja. Terlahir sebagai bayi, membesar sebentar, semakin tua, dan akhirnya mati. Kemudian terlahir manusia berikutnya, begitu seterusnya.


Bagi orang-orang yang telah sampai pada keyakinan bahwa semuanya pinjaman Allah, ia tidak akan pernah sombong, meninggi diri ataupun dengki. Sebaliknya, ia akan selalu bersedia pinjaman diambil oleh Pemiliknya, kerana segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak ada ertinya. Harta, gelaran, pangkat, jabatan, dan populariti tidak akan ada ertinya jika tidak digunakan di jalan Allah.

Justeru jangan lah sampai hati kita cintakan dunia dan terikat dengannya kerana dunia tiada nilai disisi Allah kecuali jika dikaitkan dengan iman dan taqwa;

Sabda Rasulullah saw;

وَلَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَزِنُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا أَعْطَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةً مِنْ مَاءٍ.

Maksudnya; Sekitanya dunia ini bernilai disisi Allah dengan seberat sayap lalat, nescaya Allah tidak memberikan orang kafir walau seteguk air.


قال رسول الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : من أحب دنياه أضر بآخرته ومن أحب آخرته أضر بدنياه فآثروا ما يبقى على ما يفنى.

Maksudnya; Sesiapa yang mencintai dunia, ia akan memudharakkan akhiratnya, dan sesiapa yang mencintai akhiratnya maka ia akan memudharatkan dunianya, maka utamakan akhirat yang kekal daripada dunia yang binasa.

Sabda Rasulullah saw;

الدنيا ملعونة ملعون ما فيها إلا ما كان فيها لله عز وجل

Maksudnya; Dunia itu dilaknat dan dilaknat juga barang yang ada didalamnya kecuali perkara-perkara yang dibuat kerana Allah swt.

Marilah berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari ujian nikmat dunia dan kita tidak menjadi hamba dunia sebaliknya menjadi hamba Allah yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah swt;

اللهم لا تجعل الدنيا أكبر همنا ولا مبلغ علمنا

Sumber:www.usrahrasahati.blogspot.com

Posted in Labels: |

0 comments: