SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Salam Perkenalan dan Selamat Datang kepada Mentee KPLI (R) Pengajian Islam ambilan Januari 2010

Selamat Datang ke IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Selamat meneroka alam pendidikan yang tidak berpenghujung. Kehadiran anda di tanah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka bukan dipanggil tetapi kalian sendiri yang berusaha memohon dan terpillih dari yang kena pilih. Hadir anda di sini adalah perjuangan untuk mencari dan menjadi watak guru.

Kemenjadian guru suatu yang sukar untuk ditafsirkan semua orang kecuali diri sendiri. Jadilah guru yang beriman, beramal dan bertaqwa serta ikhlas dengan tugas yang diamanahkan. Jangan berkira dengan tugasan yang diberi kerana setiap dari kita kelak akan di kira oleh Allah yang menjadikan kita, kerana anda adalah khalifah yang telah dipilih untuk membina modal insan muslim di Malaysia. Semoga ilmu yang bakal anda semua perolehi akan disemat dalam hati untuk dijadikan azimat. Roh guru itu perlu diserapkan dalam sanubari supaya hidup kalian akan bahagia dan diberkati sehingga akhir hayat. Insya Allah . .

Marilah sama-sama hayati inti pati sajak keramat oleh Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Posted in Labels: |

0 comments: