Budaya Betul
Posted On Thursday, January 13, 2011 at at 7:20 AM by maoriBacalah dengan betul
Sebutlah juga dengan betul
Tulis pastilah diwajibkan betul
Huruf dan ejaannya disemak betul-betul
Imarahkan budaya betul agar tidak penat diperbetul.
Makanlah makanan yang betul
Minumlahlah juga minuman yang betul
Pastikan logo halalnya yang disahkan betul
Lafazkan Bismillah berserta doa makan yang betul
Berhenti sebelum kenyang barulah adab makannya betul.
Apabila belajar mulakan niat yang betul
Mudah-mudahan pembelajaran jadi faham betul
Jika sesuai teknik yang digunakan tentu berkesan betul
Sehingga akhirnya dapat melahirkan insan yang bijak betul.
Sewaktu bergaul pilihlah kawan yang betul
Seberapa boleh dekati kawan yang bijak betul
Agar semua yang dlakukan dikatakan sentiasa betul
Tidaklah masa terbuang untuk membuat semula sehingga betul
Janganlah sampai badan dan hati jadi sakit kerana berasa penat betul.
Menulis atau berkarya gunakanlah bahasa yang betul
Perkataan yang dipilih perlu tepat dengan semua ejaannya betul
Kandungan teks dan rajah serta tanda baca perlu disemak betul-betul
Supaya buku yang terbit di pasaran memenuhi piawai dan dikagumi betul.
Menjelang persaraan buatlah perancangan yang betul
Perancangan yang rapi menjadikan kehidupan kita bahagia betul
Selain kewangan, kesihatan dan kerohanian pastikan di landasan yang betul
Insya-Allah kehidupan kita berbarakah selepas bersara sehingga hati kita puas betul.
Yang bekerja sama ada atasan atau bawahan, bekerjalah dengan betul
Kelak orang tidak penat menegur dan mengkritik demi memupuk budaya betul
Menyediakan surat dan memo semaklah dahulu sebelum dicetak di kertas yang betul
Oleh itu wang negara dapat dijimatkan dan kita dihargai kerana mengurus dengan betul.
Sumber :Mohamad Musip 13 Januari 2011 * Suatu eksperimen untuk menggarap budaya betul..