SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Erti Zikir & Kaitannya (2)

Pengamal zikir disebut zakir secara umum.

Namun perlu dibuat pembezaan antara pengamal zikir kerana ada ayat Quranyang menyebut secara jelas proses berzikir yang dilakukan oleh individu lelaki(zakir), sekumpulan lelaki (zakirun), individu perempuan (zakirat) dansekumpulan perempuan (zakiratun). Sesiapa juga orang Islam yang berakal, bersih diri dan jiwanya boleh berzikirdengan tujuan mengagungkan Allah dan dalam rangka melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya (ammar maaruf nahi munkar).

Secara khusus zikir berlaku dalam tiga bentuk iaitu lisan (lidah), jinan (dihati) dan anggota (gerakan atau harakah).

Berzikir dengan lisan adalah zikir yang dilaksanakan dengan pergerakanlidah tanpa diikuti dengan kehadiran hati. Zikir ini termasuk zikir secara zahir.Keutamaannya banyak sekali, seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, Sunnahdan Athar. Diantaranya, ada yang terikat dengan masa ataupun tempat dan adapula yang tidak.

Zikir juga terkait dalam tiga perkara:

  1. Muqayat : kaitan masa (zaman) dan tempat (makan) seperti ketika bersolat, melakukan tawaf dalam perlaksanaan haji, zikir sebelumtidur, setelah bangun dari tidur, sebelum makan, setelah makan,ketika menaiki kenderaan, zikir ketika pagi hari, petang dansebagainya.
  2. Mutlaq : tiada kaitan masa dan tempat seperti menyebut subhanallah bila-bila dan di mana jua.
  3. Munajat : zikir yang dilakukan dalam bentuk doa – meminta kepada Allah agar harapan seseorang dimakbulkan.

Dalam pengertian tasauf, zikir membawa dua kesan: pertama, kebaikan (hasanah) dan juga darajat (peningkatkan taraf seseorang di sisi Allah). Zikir demi kebaikan biasa berlaku dalam majlis tahlil atau ketika selepas solat. Yang menjadikannya sebagai peningkatan darjat ialah apabila zikir dilakukan dalam disiplin tasauf.

Sumber : Kuliah Ustaz Hj. Ali Hj. Mohamad pd 29 Ogos 2001, jam 2300

Posted in Labels: |

0 comments: