Erti Zikir & Kaitannya (3) Jalan menuju Allah
Posted On Tuesday, January 11, 2011 at at 11:24 PM by maoriHubungan manusia dengan Penciptanya (habluminallah) merupakan teras utama kehidupan. Menurut para ahli sufi, apabila tiada seorang pun Muslim yang mengamalkan dan mengutamakan teras ini, maka bermulalah Kiamat. Oleh itu, zikir merupakan antara cara mengisi teras ini. Cara ini disebut ‘mendekati’ (qarib) atau taqarrub. Apabila seorang insandekat kepada Khaliknya, ia akan merasa dan mengetahui akan Allah (makrifatullah). Perjalanan mendekati Allah(suluk) ibarat membuka pintudemi pintu (bab). Si pelaku atau murid tasauf itu dipanggil salik. Jelaslahproses ini tidak dapat disamakan dengan ‘bersatu’ dengan zat Allah yangmembawa maksud yang salah dari segi syariat. Hal ini ditegah sama sekali.Sesungguhnya manusia tidak dapat menyamakan dirinya dengan Penciptanya.
Dari segi tasauf, ada empat bahagian zikir:
- Murasalah: zikir dengan lisan saja sebagai jalan permulaan (bidayah)
- Muamalah:zikir dengan hati (qalb) dan lisan dalam rangka suluk.
- Muas olah: zikir dengan lisan, qalb danroh dalam rangka menempati si pengamal (zakir) sebagai ahli qurrub (seorang yang mendekatkan dirinya kepada Allah)
- Munazalah: zikir dengan lisan, qalb, roh dansirr (rahsia dalam lubuk hati yang tidak dapat dijangkau) dalam rangka mendapatkan keredhaan Allah
Di manakah hati atau qalb?
Dalam sepotong hadis, Rasulullah berpesan bahawa dalam tubuh manusiaada seketul daging, yang jika ia baik, maka baiklah seluruh diri manusia itudan begitu pula sebaliknya. Daging itu dipanggil qalb atau hati.
Dalam tasauf, memang tiada penunjuk apakah hati (liver) itu qalb, tetapi iamerupakan suatu yang dirasakan. Misalnya, manis limau tidak serupa manisbelimbing. Rasa itulah merupakan qalb. Namun ada saintis menyatakan bahawaada organ yang terselindung di balik perut. Organ tadi mempunyai jumlah saraf seakan-akan otak dan ia tampaknya menguasai seluruh tubuh. Dalam bahasa Inggeris ia disebut ‘gut’ (seperti ungkapan ‘my gut feeling). Wallahualam.
Apakah pula sirr atau rahsia?
Sirr lebih abstrak daripada qalb. Ia merupakan rahsia yang tidak terucaptetapi tersimpan di dalam lubuk qalb. Hanya Allah saja yang mengetahui sirrsedang para malaikat (termasuk Rakib dan Atid yang mencatat segala perilakumanusia) juga tidak mengetahuinya.
Dalam suluk, perjalanan salik akan membawanya mendekati Allah di dalam sirr. Jika ini tercapai, ia merupakan satu pencapaian tertinggi dan amat luarbiasa. Ketika ini berlaku, murid atau salik tadi mengalami proses fana’ iaitu peleburan – ibarat kembali menjadi debu iaitu asal-muasal kejadian manusia.
Pada tahap inilah salik mengenal dirinya bak ungkapan terkenal:
Barangsiapa mengenali akan dirinya
Nescaya ia mengenali akan Tuhannya
[*Ungkapan ini disebut dalam banyak syair sufi seperti dalam syair Perahu karya Hamzah Fansuri dari Aceh, pada abad ke-17 masehi)
Apabila seseorang itu telah mengenali Tuhannya, perjuangannya tidak lagibersendirian tetapi diiringi oleh Allah seperti halnya ketika para pejuang Islambertempur dalam Perang Badr. Allah menyebut bahawa segala panahan dangerakan lembing merupakan bantuan daripada-Nya. Peringkat fana itu membawa murid atau salik dalam tahap ahlul fana’, iaitu peringkat tertinggi dalam amalan zikir.
Sumber : Kuliah Ustaz Hj. Ali Hj. Mohamad pd 29 Ogos 2001, jam 2300