Erti Zikir & Kaitannya (1)
Posted On Sunday, January 9, 2011 at at 3:54 PM by maoriALAM memperkatakan ilmu, lazimnya dua perkara perlu diketahui iaitu erti atau makna yang diperolehi daripada bahasa dan istilah. Aspek ini jugadisebut dalam bahasa Arab sebagai ‘loghatan wastilahan’. Demikianlah juga dalam rangka memahami makna ‘Islam’.
Dari segi bahasa: Islam berasal dari kekata dasar ‘salam’ iaitu sejahtera dan berserah / pasrah.
Dari segi istilah: Islam ialah ‘ad-din atau cara hidup / agama; mengikuti dan mematuhi apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dari segi zahir dan batin.
Bagaimana pula kaitan Islam dengan amalan yang disebut zikir.
Dari segi bahasa: Zikir ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat ‘lupa’(Arab : Nisian) merupakan kata dasar bahas ‘insan’ (manusia). Olehitu manusia merupakan makhluk yang lupa.
Dari segi istilah: Zikir menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan, baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya.
Zikir juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia.
Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Adakalanya dengan lisan, dengan hati, dengan anggota dan juga dengan ucapan yang jelas. Dengan kesemuanya ini, seseorang dapat melaksanakan zikir itu dengan sempurna.
Dalam pengertian tasauf zikir memaparkan pelbagai pengertian:
- Sebutan atau lafaz seperti tahmid (alhamdulillah), tahlil (lailahaillah), takbir (Allahuakbar), tamjid (kata-kata pujian kepada Allah), istighfar,basmallah iaitu apa jua bentuk sebutan yang mengaitkan manusia denganPencipta-nya (Khalik).
- Menyebut dengan lisan dan hati akan sifat-sifat daripada Sifat Allah seperti Ar-Rahman (99 kesemuanya).
- Melaksanakan hukum daripada hukum Allah.
- Melaksanakan perbutan daripada perbutan Allah.
- Memberi penghormatan kepada para rasul dan aulia dalam bentuk solawat dan salam
- Membaca Quran kerana isi keseluruhannya adalah zikir.
- Puisi seperti syair (juga disebut ‘syir) yang ada hubungan dengan Allah seperti syair Jalalluddin Rumi, Mutannabi dll.
- Syarahan atau ceramah yang ada kaitan dengan memuja Allah.
- Ibadah yang mengesakan Allah seperti zakat, puasa, haji.
Sumber : Kuliah Ustaz Hj. Ali Hj. Mohamad pd 29 Ogos 2001, jam 2300