Erti Zikir & Kaitannya (4) Zikir dan Fikir
Posted On Monday, January 17, 2011 at at 11:21 PM by maoriDalam mencari kebenaran (haqiqat) kewujudan, manusia cuba menggunakan rasio (akalnya). Kisah klasik ialah proses Nabi Ibrahim cuba membezakan antara amalan nenek-moyangnya dengan keesaan Ilahi. Nabi Ibrahim tertanya-tanya apakah berhala yang dibentuk oleh bapanya itu wajar disembah, bukankah bintang, bulan dan matahari lebih hebat. Akhirnya Ibrahim mendapati bahawa semua itu tiada tandingannya dengan Allah yang menciptaakan segalanya.
Namun proses Nabi Ibrahim mendapat makrifat (arif atau mengetahui zatAllah) kerana adanya petunjuk daripada Allah. Jika tidak, Ibrahim akan tersesat.Itulah sebabnya banyak ahli fikir yang tersesat iaitu daripada mencari kebenaranhakiki iaitu Allah, ia tersadai kepada kesimpulan yang menafikan Pencipta seperti halnya dengan Karl Marx, Charles Darwin, Bertrand Russel dll.
Dalam mengembangkan dakwah, Nabi Muhammad saw mengajarpengikutnya agar berzikir iaitu mengingati bahawa adanya Allah. Hal ini terjadikepada Bilal ibn Abu Rabah yang diseksa oleh tuannya. Bilal tidak dapatmenjelaskan erti Allah, tetapi hanya tahu menyebut ‘Ahad’ (Yang Satu/Esa)sehinggalah nyawanya ditebus oleh Abu Bakar ra. Jadi berzikirlah dulu, barulah kemudian berfikir.
Sumber : Kuliah Ustaz Hj. Ali Hj. Mohamad pd 29 Ogos 2001, jam 2300