SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Jakim Bersama Universiti Malaya Menganjurkan Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 - JAKIM



Bahagian Penyelidikan, Jakim bersama Universiti Malaya (UM) telah berjaya menganjurkan Seminar Sains Solat Kebangsaan 2009 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2009. Seminar ini telah menarik perhatian hampir 1000 orang peserta terdiri daripada masyarakat awam dan juga menghimpunkan seluruh pegawai di Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri- Negeri (JAIN), Jabatan Mufti Negeri– Negeri, Kementerian-kementerian, wakil UM dan IPTA tempatan.


Objektif seminar yang dianjurkan ini adalah seperti berikut;
i. Menyediakan platform bagi membincangkan isu solat daripada perspektif kerohanian dan sains.
ii. Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya penghayatan dan pergerakan solat kepada kesihatan.
iii. Mengeratkan hubungan antara para saintis dan tokoh agama dalam menyebarkan dakwah.

Seminar ini dimulakan dengan ucapan aluan Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim dan diikuti ucapan daripada Y.Bhg. Prof Ghauth Jasmon Naib Canselor Universiti Malaya. Mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.Bhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan seminar tersebut dan seterusnya melancarkan 3 buah Buku Projek Biosolat iaitu:

i. Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Sains dan Holistik;
ii. Senaman Regangan dan pergerakan Solat; dan
iii. Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan dan Pergerakan Solat.

Maori - semoga usaha murni ini dapat meningkatkan lagi keimanan umat islam dan memberi kefahaman kepada bukan Islam.

Posted in Labels: |

0 comments: