SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Takziah buat keluarga di Kg. Serkam


Melaka terus mencatat kematian kes demam selsema babi@Influeza A@H1N1 apabila murid yang berusia 12 tahun meninggal dunia kelmarin akibat wabak berkenaan.

Kematian ketiga H1N1 di negeri ini melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari Taman Pulai Indah, Jasin. Murid berkenaan Amir Akram Nor Azman dari Sekolah Kebangsaan Serkam meninggal dunia hanya setelah mengalami demam dalam tempoh beberapa jam sahaja (Metro). Seingat saya arwah juga menghidap penyakit buah pinggang sejak dari kecil lagi. Walaupun apa pun yang berlaku Allah lebih menyayanginya.

Salam takziah buat
En. Nor Azman dan Pn. Laila atas kematian anakanda kesayangan serta bapa saudara Tn. Hj. Ahmad bin Janis (datuk Akram). Maaf kerana tidak berkesempatan menziarahi arwah di kampung. Berita ini pun saya tahu selepas mendapat panggilan telefon dari adinda Zulkarnain Mohd. Ali juga setelah membaca akhbar harian pada hari Jumaat 7 Ogos yg lalu.

AL FATIHAH . . . .


Posted in Labels: |

0 comments: