SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Program Rekreasi & Perkhemahan PPISMP ambilan Julai 2008 - Siri 1













Pada 6 - 9 Julai 2009, seramai 54 orang pelajar unit PPISMP unit PK 1, PK 2 dan PK 3 telah menyertai program di Institut Biodiversiti, Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. Terima kasih atas kesudian pihak IBD menerima pelajar untuk mengikuti program konservasi di IBD. Banyak aktiviti rekreasi yang disediakan dan disertai pelajar antaranya Ceramah Konservasi, Lawatan ke Muzium IBD, Bird Watching, Jejak Si Kelawar, Rentis Sungai, Orienteering Hutan, Karya Hutan, Bahasa Alam dll. Di samping itu juga, lawatan ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Suku Kaum Che Wong, Pra Sekolah dan Deerland, diharapkan dapat membuka minda pelajar tentang aktiviti rekreasi. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah pengiring yang telah mengikuti program ini. Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan IBD di bawah Tuan Pengarah IBD, En. Fakhrul Hatta kerana menerima dan menyambut kami dengan tangan terbuka. Terima kasih daun keladi . . .

Posted in Labels: |

0 comments: