SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Qariah Malaysia, Qari Iraq Juara Tilawah

KUALA LUMPUR: Qariah negara, Sharifah Hasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan qari Iraq, Usama Abdullah, masing-masing muncul johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Sharifah Khasif Fadzillah, 27, yang kali kedua menyertai tilawah Al-Quran antarabangsa memperoleh markah 94.75 peratus manakala Usama memperoleh markah 91.96 peratus. Qari Iran, Jafar Hadi Fardi Aghchay, yang memperoleh markah 91.92 peratus muncul naib johan dan qari Indonesia, Azhar Darma Djunaidi memenangi tempat ketiga dengan markah 91.71 peratus.
Qariah Thailand, Natipa Manasia yang memperoleh markah 88.46 peratus menduduki tempat kedua manakala Dayang Nurul Amalina Yahya dari Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga dengan markah 86.21 peratus. Johan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM13,600 (AS$4,000) berserta piala pusingan dan sijil penyertaan; naib johan RM10,200 (AS$3,000); ketiga RM6,800 (AS$2,000) dan keempat, RM3,400 (AS$1,000).

Hadiah kepada pemenang qari disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah manakala hadiah pemenang qariah oleh Sultanah Haminah Hamidun (Berita Harian Online).

Posted in Labels: |

0 comments: