SK Batu Berendam 2 ditutup
Posted On Tuesday, August 11, 2009 at at 12:43 AM by maori10 Ogos 2009 (Isnin). Saya datang ke SK Batu Berendam 2 pada jam 7.15 pagi untuk menjalankankan Penyeliaan Bersama dengan guru pembimbing bagi Shazana binti Saberi. Tepat jam 9.15 pagi murid-murid 2 Cemerlang 1 telah bersedia. Kebanyakan murid perempuan tidak memakai pakaian PJ berkemungkinan hujan yang turun awal pagi. Setelah tamat kelas saya dan Pn. Aliza telah mengadakan perbincangan dan memberikan markah dengan guru pembimbing Pn. Aliza binti Talib, beliau bergegas meninggalkan saya kerana beliau mempunyai kelas seterusnya selepas jam 9.45 pagi. Ketika saya sedang berbincang lanjut dengan Shazana, terdengar pengumuman (jam 10.15 pagi) yang disampaikan oleh GPK 1 SK Batu Berendam 2, saya pun selamba berkata dengan Shazana "Ha! sahlah hari ini sekolah kamu akan bercuti". Belum pun habis pengumuman tersebut habis terdengar nama pegawai kesihatan di sebut. Maka, tersenyumlah Shazana dan berkata "Cikgu, saya dah lama tak dapat balik ke kampung". Mungkin ini satu hikmah di sebalik sesuatu yang tidak kita sedari. Saya juga sempat menghadiri taklimat kesihatan oleh doktor dari pejabat kesihatan daerah Melaka Tengah, berkaitan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan oleh murid-murid sepanjang kuarantin di rumah. Harap-harap tiadalah kematian yang dicatatkan selepas langkah ini di ambil oleh Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya pun termenung kerana 3 sekolah di bawah pemantauan saya iaitu SK Telok Mas, SK Bendahara Seri Maharaja dan SK Batu Berendam 2 ditutup. Hanya SK Seri Duyong sahaja yang belum ditutup. Saya amat berharap dapat menjalankan penyeliaan praktikum di sekolah tersebut pagi esok 11 Ogos 2009 (Selasa).
Susah susah aje. He he he he
Saya pun termenung kerana 3 sekolah di bawah pemantauan saya iaitu SK Telok Mas, SK Bendahara Seri Maharaja dan SK Batu Berendam 2 ditutup. Hanya SK Seri Duyong sahaja yang belum ditutup. Saya amat berharap dapat menjalankan penyeliaan praktikum di sekolah tersebut pagi esok 11 Ogos 2009 (Selasa).
Susah susah aje. He he he he