Kursus Pengurusan Jenazah Staf IPGM KPM Siri 2
Posted On Friday, August 21, 2009 at at 4:54 PM by maoriKursus ini telah dijalankan pada 13 Ogos 2009 (Khamis) di Balai Islam Saidatina Aisyah. Kursus ini diadakan sebagai satu pengukuhan diri terhadap sesama manusia agar dapat melaksankan secara tepat hal ehwal yan gberkaitan dengan peristiwa kematian. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang mesti wujud dalam kalangan sesama umat terhadap persoalan yang berkaitan dengan hukum-hukum muamalah sesama manusia. Peserta telah didedahkan dengan teori dan amali Pengurusan Jenazah, Amali Pengurusan Jenazah 1 (cara menguruskan jenazah sebelum mandi), Amali Pengurusan Jenazah 2 (pengurusan kain kapan, cara memandikan jenazah, cara mengkapankan jenazah dan solat sunat jenazah). Di akhir kursus ini peserta telah dapat memahami dengan lebih mendalam proses berkaitan dengan pengurusan jenazah lebih terperinci dan melaksanakan empat perkara yang berkaitan dengan pengurusan jenazah dengan cara yang betul dan sempurna. Moga-moga ilmu yang diperolehi ini akan dapat dipraktikkan apabila diperlukan kelak di tempat tinggal masing-masing. Maori - terasa sayu apabila dikapankan (seolah-olah dah betul-betul meninggal dunia-ampunkan dosa2ku) oleh Tn. Hj. Rosly bin Sairan - ATM